MCL Cinemas, BookDoc Bekerjasama Untuk Beri Ganjaran Kepada Pengguna
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — MCL Cinemas yang berpangkalan di Hong Kong kini bekerjasama dengan BookDoc untuk membolehkan pengguna menonton filem kegemaran mereka dengan menikmati diskaun harga tiket.
BookDoc adalah aplikasi mudah alih yang menghubungkan pesakit dengan profesional penjagaan kesihatan, di mana sahaja dan pada bila-bila masa sambil insentif kepada semua untuk kekal aktif.
Pengasas dan ketua pegawai eksekutif BookDoc Datuk Chevy Beh berkatab said the Bookdoc Activ memberi ganjaran kepada penggunanya berdasarkan had purata langkah sehari mengikut gangsa, perak, emas dan platinum.
“Pengguna yang mengekalkan tahap tinggi aktiviti berpeluang ditawarkan diskaun daripada peruncit utama dan penyedia perkhidmatan, baik di negara sendiri atau penebusan rentas negara secara bulanan,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran MCL Cinemas, Winki Liu berkata ia merupakan usaha baharu yang menunjukkan bagaimana industri hiburan dan penjagaan kesihatan dapat bekerjasama dengan baik dalam sinergi yang sempurna.
“Menonton filem yang baik pada masa lapang boleh menjadi inspirasi dalam usaha ke arah gaya hidup yang sihat,” kata beliau.
Aplikasi BookDoc boleh dimuat turun secara percuma di App Store atau Google Play Store.
— BERNAMA