Keluarga Hamami, Pelabur Strategik Baharu BookDoc
Tarikh kemaskini: 19/06/2017
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — BookDoc, syarikat permulaan teknologi penjagaan kesihatan yang beribu pejabat di Malaysia, menarik lebih ramai pelabur strategik dari rantau ini.
Terkini ialah Keluarga Hamami, yang disenaraikan sebagai antara terkaya di Indonesia oleh Forbes.
Dalam mengalu-alukan Keluarga Hamami sebagai pelabur strategik dan rakan perniagaan di Indonesia, BookDoc berharap ia akan membantu syarikat memacu melalui perniagaan yang unik dan landskap pengguna negara, yang perinciannya berbeza daripada pasaran sedia ada, iaitu Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Thailand.
Keluarga Hamami memiliki Trakindo Utama yang menjadi antara peniaga peralatan berat paling berjaya di Indonesia, selain kepentingan perniagaan meliputi perlombongan, francais restoran Carl’s Jr. Burger dan LOKA Supermarket.
Pelaburan syarikat dalam BookDoc tidak didedahkan. BookDoc bernilai dua angka dalam nilai juta AS.
Dalam kenyataan hari ini, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BookDoc Datuk Chevy Beh berkata syarikat menyasarkan pasaran Indonesia, dan penyertaan Keluarga Hamami adalah pada masa yang sesuai, selain amat strategik.
Pelaburan Keluarga Hamami adalah selepas keluarga Dr Stanley Ho dari Macau dan Putera Abdul Qawi dari Brunei.
— BERNAMA